Air Semut PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 08 Julai 2009 04:12

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut


Soalan:  Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
Jawapan:
 Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi
bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu
mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

LAST_UPDATED2
 

Masa Itu Emas

Mesej

Hari Ini


Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini12
mod_vvisit_counterSemalam24
mod_vvisit_counterMinggu ini94
mod_vvisit_counterBulan Ini560
mod_vvisit_counterKeseluruhan34900



Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: lonex wholesale vps Valid XHTML and CSS.