Laman Utama Sejarah
Sejarah sekolah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

                Sejarah penubuhan SK Balok Baru atau singkatannya SKBB bermula pada tahun penubuhannya iaitu pada tahun 1992 dan mula beroperasi pada 4 Disember 1995.

            Terletak 20 km dari Bandar Kuantan . Lokasinya di dalam kawasan perumahan Taman Balok Makmur berhampiran kawasan Perindustrian Gebeng. Majoriti pelajar SKBB adalah terdiri daripada anak-anak penduduk dari Taman Perumahan Balok Makmur, Seberang Balok , anak-anak pekerja di Pelabuhan Kuantan, anak – anak pekerja di Perindustrian Gebeng serta anak-anak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

                 Pengambilan pelajar peringkat pertama bermula pada akhir tahun 1995 di mana ketika itu pengambilan hanya berlaku pada pelajar-pelajar Tahun 1 dan Tahun 5 sahaja dengan 16 orang guru tanpa guru besar, pegawai kerani dan pekerja am. Guru-guru mengembeling tenaga bertindak sebagai guru, pentadbir dan pekerja am sekolah untuk menjayakan dan melancarkan perjalanan sekolah dalam tempoh lima hingga enam bulan dengan pelajar seramai 408 orang. Guru Besar melaporkan diri pada 1 Mac 1996 diikuti oleh seorang kerani pada 1 Januari 1997 dan pekerja am pada 1 September 1997.

             SK Balok Baru telah ditadbir oleh 4 orang guru besar bermu la tahun 1995 hingga 2009. Berikut adalah senarai guru besar tersebut:
Mohammad Noor B. Abdullah (1 Mac 1996 –15 Jun 1997), Zulkifli B Jusoh (16 Jun 1997–31 Disember 1997), Shaharuddin B Mat Sari (1 Januari 1998–29 April 2004) dan Tn Hj Kamarulzaman B Abd Aziz (1 Mei 2004 – 4 Januari 2009)
 

Masa Itu Emas

Mesej

Hari Ini


Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini15
mod_vvisit_counterSemalam24
mod_vvisit_counterMinggu ini97
mod_vvisit_counterBulan Ini563
mod_vvisit_counterKeseluruhan34903



Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: lonex wholesale vps Valid XHTML and CSS.